Takaful Ikhlas

BEZA ANTARA STAND ALONE DAN INVESTMENT LINKED

Untuk pengetahuan, Plan stand alone ialah plan lama sebelum datangnya plan investment linked. Nama lain bagi stand alone ialah plan Traditional

Kelebihan utama stand alone ialah MURAH. Anda bayar dengan apa yang diberi tanpa elemen simpanan. Contoh perbezaan harga

Lelaki, 25 tahun, Kelas 4

Medical card stand alone  hanya RM70 sebulan sahaja

Investment linked RM150 sebulan

Perbezaannya hampir 100% tu.

Standalone

Jika anda membayar RM80, RM10-RM40 ialah caj wakalah. Selebihnya akan dimasukkan ke tabung Tabarru.

Polisi mudah luput, jika pelanggan gagal membayar dalam tempoh sebulan. Polisi terus luput. Jadi plan ini sangat tidak mereka yang tidak berdisplin. Selalunya agen akan meminta bayaran 3 bulan/ 6 bulan/ 12 bulan terus untuk mengelakkan polisi anda mudah luput. Murah waktu muda, harga akan naik waktu tua

Peribahasa yang sesuai, direka untuk menjelaskan stand alone ini. Bersenang senang dahulu, bersusah susah kemudian

Dalam perancangan kewangan, kita akan memberi medical card stand alone dengan harapan baki wang selebihnya anda simpan di tempat yang lebih tinggi dalam segi pulangan. Contohnya unit Amanah. Fokus kepada membina asset terlebih dahulu. Dengan compounding effect. RM300 sebulan boleh beranak menjadi RM23K dalam masa 5 tahun.

Ada beberapa syarikat sudah mula menawarkan plan kad perubatan stand alone. AIA Public Takaful, Zurich Takaful, Great Eastern Takaful

Kesemuanya harga boleh mampu milik, serendah RM60 saja sebulan. Ok habis cerita secara ringkas tentang standalone. Kita pergi ke plan investment linked takaful pula

Investment Linked Takaful

Plan investment linked takaful ialah plan yang ada rider sekali. Maksud rider ialah penambahan perlindungan lain dalam plan. Contohnya. Plan medical card yang telah dimasukkan sekali

1.Pampasan Kematian/ Cacat Kekal

2.Pampasan Penyakit Kritikal

3.Waiver

4.Simpanan

Kelebihan investment linked takaful ialah

Tidak mudah luput, kerana ada cash value

Ada rider lain yang boleh ditambah

Walaupun harga agak mahal, namun ia memberikan ketenangan kepada si pencarum kerana jika tidak terpotong sebulan, polisi masih hidup dan boleh dipakai

Ini adalah jumlah caruman pelanggan beliau jika beliau melanggan pada umur 55 tahun ( AIA PUBLIC TAKAFUL)

INVESTMENT LINKED TAKAFUL

JUMLAH CARUMAN:RM243,800.00

Plan LifeLink AIA- https://www.aia.com.my/en/our-products/life-protection/a-lifelink-i.html

STAND ALONE

JUMLAH CARUMAN: RM260,472.00

Plan Med Regular I AIA- https://www.aia.com.my/en/our-products/medical-protection/a-life-med-regular-i.html

Jumlah caruman stand alone sebenarnya lagi banyak dari investment linked takaful. Kerana pada waktu tua, kenaikan sangat mendadak dalam plan stand alone

Murah pada waktu awal, mahal di waktu akhir

Manakala investment linked takaful kekal jumlah carumannya sehingga ke umur 77 tahun. Namun ini projection sahaja. Syarikat takaful akan naikkan harga jika tabung tabarru berada dalam saat kritikal

Sekarang nak pilih yang mana. Plan stand alone atau investment linked takaful?

Jika anda ada bajet dalam RM200 seorang untuk plan takaful anda, ambilah plan investment linked takaful. Jika anda hanya ada bajet RM100-RM120 sahaja, ambil plan takaful stand alone. Ia terpulang kepada anda

PLAN MEDICAL CARD AIA

BAYARAN TAHUNAN( STAND ALONE)

PLAN MEDICAL CARD ZURICH TAKAFUL

BAYARAN TAHUNAN( STAND ALONE)

Zurich Takaful Medica 2015- https://www.zurich.com.my/_/media/dbe/malaysia/docs/takaful-products/brochures/medica2015-brochure.pdf?la=en&hash=8C34C7B780F4500BB9B8C9508859B5F3B9A9F33E

PLAN MEDICAL CARD GREAT EASTERN TAKAFUL

BAYARAN TAHUNAN( STAND ALONE)