APAKAH WASIAT

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.

Waris telah ditetapkan dalam Islam. Suami,isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati. Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara automatik dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat, dan lain-lain lagi.

Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:

“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala”

Kepentingan Wasiat Mengikut Undang-Undang di Malaysia:

mengapa-perlu-wasiat

Jangan ragu-ragu. Hubungi kami dan kami akan membantu anda untuk menulis Wasiat anda mengikut hasrat anda dan syariah Islam.

Di kawasan Melaka dan sekitarnya, hubungi Zainal Abidin Ahmad di 0123700352 atau wasap.my/60123700352 untuk keterangan lanjut.

JENIS-JENIS HIBAH YANG PERLU ANDA TAHU

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pewarisan pusaka adalah tajuk yang paling banyak disentuh sejak kebelakangan ini.

Sebenarnya, saya mahu mengajak  dan memberitahu bahawa ‘lets back to basic’ iaitu mengapa tujuan takaful pertama kalinya ditubuhkan. Ramai ingat, takaful adalah kad medikal itu sendiri. Walhal, pada asalnya takaful itu wujud untuk melindungi dua perkara penting sahaja; (1) manfaat kematian dan (2) manfaat lumpuh kekal.

Elaun hospital, kad medikal, limit tahunan, pendidikan, simpanan persaraan dan lain-lain sebenarnya adalah ‘rider’ atau manfaat tambahan kepada pelan asal.

IMG_1230

Hari ini saya mahu menyentuh apakah jenis hibah yang anda perlu tahu.

  1. Hibah Biasa
  2. Hibah Amanah
  3. Hibah Bersyarat

Hibah Biasa

Hibah adalah hadiah. Hakikatnya, hibah adalah satu transaksi yang mudah. Ada pemberi, ada penerima dan ada barang (hadiah). Dalam konteks ini, pemilik harta mahu memberikan harta kepada seseorang. Harta itu mungkin dalam bentuk rumah, tanah-tanah atau ladang-ladang.

Sudah pasti, hibah adalah sesuatu yang perlu diberi dalam keadaan kedua-duanya masih hidup. Bagaimana hibah biasa ini dilakukan?

Mudah sangat. Contohnya, seorang bapa mempunyai tanah 10 ekar dan mahu memberikan kepada anaknya. Pergi sahaja pejabat tanah, tukar nama dalam geran.

Bapa telefon anak dan meminta pulang ke kampung.

“Ali (nama anak), bapak nak bagi kau tanah ini. Bapak nak hibahkan ke nama kau. Geran rumah ini sudah ada nama kau. Jadi tanah yang ada kelapa sawit ini dan rumah ini sebenarnya sudah milik kau. 

Aku tak ada nanti (meninggal dunia), ini bukan harta pusaka aku. Jadi, tidak perlu difaraidkan sebab nama rumah nama kau dah. Tetapi bapak nak duduk sini sampai bapak mati. Nak duduk mana lagi kalau tak rumah ini? Bapak minta tumpang di sini. Geran ini bapa simpan dulu.”

Ini adalah contoh hibah biasa.

Bapanya tinggal di situ sehingga hembusan nafas terakhir.

Kalau anak ‘jahat’ sedikit, bagaimana?

Anak rasa suka dapat tanah. Boleh jadi cagaran untuk dapatkan tunai. Boleh suntik modal pelaburan di tempat lain. Disebabkan geran itu ada di tangan bapanya, sukar untuk anak itu buat cagaran.

Dijadikan cerita, anak itu pergi ke Pejabat Tanah. Melaporkan bahawa geran hilang, dapatlah geran baru. Pergi ke bank untuk buat cagaran pinjaman modal RM500,000. Rupanya pelaburan itu adalah skim pelaburan cepat kaya. Hangus la duit tersebut. Pinjaman tidak dapat dibayar. Tanah dilelong beserta rumah. Bapanya terpaksa keluar dari rumah tersebut dan menyewa di tempat lain sehingga meninggal dunia.

Hibah begini (hibah biasa) memang ringkas. Tetapi risiko kalau penerima hibah itu tiada sikap bertimbang rasa maka kes di atas mungkin berlaku.

Hibah biasa untuk rumah, kereta atau tanah perlulah harta tersebut harta yang mutlak (sudah habis buat pinjaman, misalnya).

Hibah Amanah

Hibah biasa ada tiga perkara;

  1. Pemberi hibah.
  2. Penerima hibah.
  3. Barang hibah.

Tapi untuk hibah amanah ada empat perkara;

  1. Pemberi hibah.
  2. Pemegang Amanah.
  3. Penerima hibah.
  4. Barang hibah.

Bapaknya mahu memberi tanah dan rumah kepada anaknya. Disebabkan kalau diberi terus, anaknya akan gelap mata dan tidak pandai menguruskan harta tersebut – bapaknya tidak beri secara ‘direct’ atau terus kepada anaknya. Takut, anaknya jadi boros, tidak berhati perut dan rakus.

Menguruskan risiko tadi (kemungkinan tidak baik), bapaknya melantik seorang pemegang amanah yang dipercayai mampu memikul tanggungjawab besar ini. Bapaknya memilih seorang peguam dalam hal ini, nama peguam adalah Peguam Abu.

Bapaknya telah mengamanahkan Peguam Abu. Kalau berlaku kematian, harta itu akan dipegang amanah oleh Peguam Abu dan perlu menyerahkan kepada anaknya kelak.

Ini bukan menidakkan hak orang lain dalam faraid, tapi untuk merancang lebih baik kepada anaknya kelak.

(Boleh rujuk kepada instrumen seperti Pri Hibah atau Amanah Hayat, boleh juga rujuk kepada syarikat pemegang amanah yang menawarkan instrumen begini)

Hibah Bersyarat

Hibah bersyarat adalah hibah yang khusus dan istimewa untuk takaful sahaja. Hibah bersyarat tidak boleh dilakukan untuk harta rumah, harta tunai, ladang-ladang atau kereta.

Hibah bersyarat juga perlu ada tiga perkara ini:

  1. Pemberi hibah iaitu pemunya sijil takaful.
  2. Penerima hibah iaitu penama, untuk tuntutan kematian.
  3. Barang hibah iaitu pampasan takaful.

Takaful keluarga (atau takaful nyawa) secara teorinya tidak mempunyai nilai tunai apabila pemunya sijil takaful itu hidup. Takaful akan menjadi barang hibah apabila berlakunya kematian – di sini barulah wujud barang hibah iaitu pampasan takaful itu sendiri.

Hibah Bersyarat mempunyai keistimewaan sendiri dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Anda boleh rujuk sendiri di sini : Hibah Bersyarat.

Hibah bersyarat adalah salah satu instrumen untuk harta pusaka, dimana keluarga boleh mendapatkan tunai dalam keadaan cepat berbanding pengurusan harta seperti rumah dan kereta. Akta itu sendiri, menjaminkan bahawa syarikat takaful perlu membayar dalam masa 60 hari.

Pilih instrumen hibah terbaik untuk pengurusan harta pusaka anda.

  1. Assalam en adib yazid, jika saya mempunyai tanah yg kurang dari 2 ekar bolehkah saya hibah kn kpd 2 adik kandung, seorg abg kandung n seorg ank kndung saya. Dan 1 tanah lg lbih kurang suku ekar saya hibah kn kpd 3 abg kndung & 1 ank kndung saya. Jika boleh bagaimanakan cara untuk saya membuat hibah. Adakah perlu ke mahkamah syariah atau bertemu dgn consultant yg boleh melaksanakan hibah ini

    Like

    • Wasalam. Tanniah anda sudah buka mata. Di Malaysia ada syarikat boleh uruskan perkara ini; boleh rujuk Amanah Raya, Salihin Trustee atau Wassiyah Shoppe

 

BAYARAN GUAMAN/CUKAI (URUSAN JUAL BELI RUMAH/HARTANAH)

Telah ada satu ‘standard scale’ yuran guaman bagi urusan jual beli hartanah yang disediakan oleh Majlis PeguamMalaysia yang patut dipatuhi oleh peguam-peguam.

Dalam erti kata mudah, tiadanya tawar menawar atas harga ini.

Maka, bagaimana untuk mengira jumlah bayaran guaman bagisuatu urusan jual beli rumah/hartanah?

Umumnya, jumlah bayaran guaman bukan lah satu jumlah yangbergantung kepada keputusan peguam. “Solicitors’ RemunerationOrder 2005” (SRO) merupakan undang-undang yg telah digubal khasdan menjelaskan dengan tegas bahawa peguam hendaklah mengenakan kepada pembelijumlah bayaran guaman mengikut skala yang telah ditetapkan.

Skala yang terdapat dalam SRO adalah seperti berikut:-

  1. UntukRM150,000.00 – 1.0%

(tertakluk kepada bayaran minimum RM300.00)

  1. Untuk RM850,000.00 yang seterusnya – 0.7%
  1. Untuk RM2,000,000.00 yang seterusnya – 0.6%
  1. Untuk RM2,000,000.00 yang seterusnya – 0.5%
  1. Untuk RM2,500,000.00 yang seterusnya – 0.4%
  1. Sekiranya jumlah Harga Belian lebih dariRM7,500,000.00,

fee yang dikenakan bergantung kepada budibicara peguam,

tetapi tidak boleh melebihi kadar 0.4%.

Contoh kiraan 1:-

Harga belian rumah/hartanah = RM200,000.00

  1. RM150,000.00*1% = RM1,500.00
  2. RM50,000.00*0.7% = RM350.00

Jumlah bayaran guaman = RM1,850.00

Contoh kiraan 2:-

Harga belian rumah/hartanah = RM2,000,000.00

  1. RM150,000.00*1% = RM1,500.00
  2. RM850,000.00*0.7% = RM5,950.00
  3. RM1,000,000.00*0.6% = RM6,000.00

Jumlah bayaran guaman = RM13,450.00

Secara Ringkasnya lagi:-

Consideration or Adjudicated Value Scale of Fees
For the first RM150,000 1.0% (subject to a minimum fee of RM300)
For the next RM850,000 0.7%
For the next RM2,000,000 0.6%
For the next RM2,000,000 0.5%
For the next RM2,500,000 0.4%
Where the consideration or adjudicated value is in excess of RM 7,500,000 Negotiable on the excess
(but shall not exceed 0.4% of such excess)
Sebagai Contoh 

If the property price is RM550,000, the calculation is:
First RM150,000 @ 1% RM1,500
Next RM400,000 @ 0.7% RM2,800
Total Legal Fee RM4,300
If the property price is RM10.5 million, the rate above RM7.5 million is negotiable between the law firm and the client. If say the negotiated rate is 0.2%, the calculation is:
First RM150,000 @ 1% RM1,500
Next RM850,000 @ 0.7% RM5,950
Next RM2,000,000 @ 0.6% RM12,000
Next RM2,000,000 @ 0.5% RM10,000
Next RM2,500,000 @ 0.4% RM10,000
Next RM3,000,000 @ 0.2% (negotiated rate) RM6,000
Total Legal Fee RM45,450

Secara mudahnya lagi, Tuan/Puan boleh gunakan Sales &Purchase Agreement Legal Fees Calculator yang disediakan oleh elawyer.com.Click :

PEMBELIAN RUMAH DARI PEMAJU

Namun begitu, bagi Rumah/Hartanah yang dibeli dari Pemaju dibawah Akta “Housing Development (Control & Licensing) Act1966”, skala bayaran guaman adalah sedikit berbeza iaitu seperti berikut:-

  1. RM250

– UntukHartanah yang berharga RM45,000.00 dan ke bawah.

  1. 75% daripada fee yang sepatutnya

– UntukHartanah berharga lebih dari RM45,000.00

tetapi tidak lebih dari RM100,000.00.

  1. 70% daripada fee yang sepatutnya

– UntukHartanah yang bernilai lebih dari RM100,000.00

tetapi tidah lebih dari RM500,000.00.

  1. 65% daripada fee yang sepatutnya

– Untuk Hartanah yang bernilai lebih dariRM500,000.00.

Contoh kiraan (ambil contoh kiraan 1):-

Harga belian rumah/hartanah terus dengan Pemaju = RM200,000.00

Bermakna, Item 3 di atas akan terpakai.

Jumlah bayaran guaman yang sepatutnya = RM1,850.00

70% dari RM1,850.00 = RM1295.00

Ini bermakna, kalau pembelian Hartanah dibuat terus denganPemaju, jumlah bayaran guaman adalah murah dan diskaun diberikan. Diskaunbayaran guaman hanya boleh diberikan sekiranya pembelian dibuat direct denganPemaju.

Tetapi, harus juga diingatbayaran sepertimana di atas hanya untuk jumlah bayaran guaman sahaja dan belumtermasuk perbelanjaan lain yang dikenali sebagai “Disbursement” yangmana merangkumi kos dokumentasi, duit minyak, telefon dan lain-lain yang berkaitanurusan tersebut sama ada bagi pembelian dari pemaju atau ‘direct owner’.

VALOREM STAMP DUTY/CUKAI BELIAN

Bagi para pembeli, selain daripada bayaran guaman, pembelijuga akan dikenakan bayaran cukai yangdikenali sebagai ‘valorem stamp duty’ yang mana telah ditetapkan oleh pihak kerajaan/ LHDN. Kiraanya sepertimana berikut:

Anggaran Nilai Hartanah Skala
First RM100,000 1%
Next RM400,000 2%
Thereafter 3%

Sebagai contoh:

If the property price is RM550,000, the calculation is:
First RM100,000 @ 1% RM1,000
Next RM400,000 @ 2% RM8,000
Next RM50,000 @ 3% RM1,500
Total Duty RM10,500

 

Kepada orang awam, tahukah anda yg anda boleh lakukan sendiri urusan pindahmilik hartanah kpd waris anda (spt isteri, suami, anak, ibu bapa,dsbg) tanpa perlu menggunakan khidmat peguam DENGAN SYARAT:-

1.    Pemberi Pindah Milik (PPM) adalah tuan punya berdaftar hartanah tersebut. Dalam erti kata lain, dalam geran tertulis nama PPM sebagai tuan punya berdaftar. Sekiranya dlm geran masih lagi nama org lain dan bukannya nama PPM maka khidmat nasihat peguam adalah diperlukan.

2.     Hartanah tersebut bebas drpd sebarang halangan (free from all encumbrances). Misalnya Hartanah tersebut tidak digadaikan kpd mana2 bank atau bebas drpd sebarang kaveat oleh mana-mana pihak. Jika hartanah tersebut terdapat sebarang halangan, maka sila dapatkan nasihat dan khidmat peguam utk menyelesaikannya.

3      Urusan pindah milik tersebut tidak melibatkan transaksi jual beli di antara PPM dan Penerima Pindah Milik (PNPM). Jika melibatkan urusan jual beli, satu perjanjian jual beli perlulah disediakan. Dan adalah digalakkan perjanjian itu disediakan oleh peguam.

4.      Balasan pindah milik adalah atas dasar “balasan kasih sayang” semata2 dan tidak melibatkan balasan wang ringgit.

Bagaimanakah langkah2 yg perlu diambil utk melaksanakan urusan p.milik tersebut?

1.     Sila lihat dlm geran hartanah, sekiranya hartanah tersebut tertakluk kpd sekatan ie, misalnya dalam geran ditulis “Tidak boleh dipindahmilik..melainkan mendapat kebenaran bertulsi drpd  drpd menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri atau Pengarah Tanah dan Galian terlebih dahulu, maka sebelum p.milik boleh dilakukan, PPM hendaklah terlebih dahulu submit permohonan kebenaran p.milik (consent) tersebut di pejabat tanah.

Caranya, dptkan borang consent di pejabat tanah dan isi segala maklumat yg dikehendaki dlm borang tersebut dgn menggunakan pen dakwat cair warna hitam. Lampirkan dokumen2 sokongan yg diperlukan semasa submit permohonan tersebut di pejabat tanah. Diantara dokumen2 sokongan yg diperlukan spt salinan ic PPM, PNPM, salinan asal carian rasmi , salinan resit cukai tanah tahun terkini, salinan surat nikah (jika suami isteri), salinan surat beranak (jika anak/ibu bapa/ adik beradik), dan salinan geran hartanah.

2.        Setelah consent diperolehi, sila dptkan/ beli Borang Pindahmilik (Borang 14A) daripada pejabat tanah danisi segala maklumat yg dikehendaki di dlm borang pindahmilik tersebut. Sekiranya anda tidak pasti bagaimanakah cara utk mengisi Borang 14a tersebut, sila dptkan bantuan drpd kerani yg bertugas di kaunter pendaftaran pejabat tanah, atau kebiasaannya, sampel borang tersebut ditampal di notice board di bahagian pendaftaran pejabat tanah. Ikut sahaja sampel tersebut.

3.        Selepas diisi sepenuhnya, kedua2 PPM dan PNPM hendaklah menurunkan t.tgn dlm Borang P.milik (Borang 14A) tersebut dihadapan Penolong Pentadbir Tanah (ADO) sbg saksi. Anda juga boleh mintak bantuan peguam sebagai saksi utk t.tgn borang p.milik tersebut, tetapi kebiasaannya peguam akan kenakan sedikit charge perkhidmatan sebanyak RM50 (maksimum) utk setiap penyaksian yg dibuat.

4.        Selepas itu, sila submit permohonan adjudikasi (penilaian duti setem p.milik) di Unit Stamping, Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Anda boleh lakukan sama ada secara manual atau secara online. Utk proses secara manual anda kena isi borang yg disediakan di kaunter stamping dan sila sertakan sekali bersama2 borang permohonan tersebut dokumen2 sokongan yg diperlukan spt salinan geran hartanah, salinan borang p.milik yg telah ditandatanagn dan disaksikan, salinan ic PPM & PNPM, salinan surat beranak/ salinan sijil nikah PPM & PNPM, salinan surat consent dll dokumen sokongan yg diperlukan oleh LHDN. Sekiranya anda submit secara online, boleh layariwww.hasil.gov.my/stamp. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu utk membolehkan anda log in dalam web site tersebut. Dokumen2 sokongan yg diperlukan hendaklah discan dan diupload di dlm page yg disediakan.

5.        Biasanya dlm tempoh 8 hari bekerja, LHDN akan hantar kpd anda Notis Taksiran Duti Stem yg menjelaskan ttg berapa banyakkah duti stem p.milik yg anda kena bayar. Duti Stem yg dikenakan adalah mengikut nilai pasaran semasa hartanah tersebut. Nilai pasaran tersebut ditentukan oleh Pejabah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), dimana JPPH akan memaklumkan kpd LHDN ttg berapakah nilaian semasa hartanah yg hendak dipindah milik tersebut. Bedasarkan kpd itulah LHDN akan tentukan berapakah duti stem p.milik yg dikenakan kpd anda. Semakin tinggi nilai pasaran semasa hartanah tersebut, maka semakin tinggilah duti stem yg dikenakan.

6.       Anda mempunyai masa selama 30 hari utk menjalaskan bayaran duti stem p.milik tersebut di LHDN. Sekiranya gagal, anda akan dikenakan penalty atas kelewatan bayaran tersebut. Selepas bayaran dibuat Sijil Bayaran Duti Stem P.milik akan dikeluarkan oleh LHDN dan ianya perlu dilampirkan sekali di dalam Borang Pindah milik tersebut.

7.       Setelah itu, bolehlah anda uruskan pendaftaran p.milik di pejabat tanah. Diantara dokumen2 yg anda perlukan untuk masuk permohonan pendaftaran p.milik adalah spt berikut:-

a.       Salinan IC PPM & PNPM & salinan surat beranak/ sijil nikah (jika berkenaan)
b.      Borang P.milik yg telah dimati stem (diadjudikasi)
c.       Geran Hartanah yg asal
d.      Resit Asal bayaran cukai tanah dan cukai pintu tahun terkini (jika rumah/ kedai)
e.      Sijil Bayaran Duti Stem P.milik
f.        Notis Taksiran Duti Stem P.milik
g.       Salinan Asal Surat Consent P.milik
h.      Fee pemprosesan (berbeza beza mengikut negeri masing2)

8.       Setelah permohonan p.milik didaftarkan oleh pejabat tanah, pejabat tanah akan keluarkan geran asal yg baru yg telah dipindahmilik kpd nama PNPM. Tempoh proses pengeluaran geran asal yg baru berbeza2 mengikut negeri masing2. Paling lama mungkin ambil masa dalam 2 minggu. Ada sesetengah negeri dlm masa 1 jam dah siap geran baru.

Al-Manna :  Getah Arab, Gam Arab, Akasia, Acacia dan Gum Arabic

Gum Arabic dikenali juga sebagai getah arab, gam arab, akasia, acacia dan pada sebutan bahasa asalnya (Arab) dipanggil ‘somghu’ dan ada yang menamakannya sebagai ‘al-Manna’. Ia merupakan produk getah yang dihasilkan dari dahan pokok acacia senegal yang boleh didapati di padang pasir Oasis, Afrika Utara, benua kecil India, Asia Barat dan banyak ditemui di dunia Arab. Ia dipercayai berasal dari Sudan.

Sudan muncul sebagai pengeluar terbesar negara Arab sedunia dalam produksi Gum Arabic Menurut portal kesihatan National Center for Biotechnology Imformation, Gum Arabic terkenal dalam amalan perubatan masyarakat Arab terutama dalam merawat pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang kronik (CRF), walaupun tiada dalil kajian saintifik yang kukuh. Berdasarkan maklumat NCBI juga, pengambilan Gum Arabic dapat mengurangkan peratusan lemak dalam badan dan ia boleh digunakan untuk rawatan obesiti.

Gum Arabic (GA [Acacia senegal]) is reputed, in Arabian medicinal practices, to be useful in treating patients with chronic renal failure (CRF), albeit without strong scientific evidence.

Gam Arab diperakui dapat membantu masalah kembung perut, cirit-birit dan sembelit. Penggunaan Gum Arabic juga dilihat sebagai komponen utama dalam penyediaan minuman sirap ringan seperti Coca-Cola dan Pepsi. Getah Arab membantu pengekalan dan ketahanan kandungan gula dalam minuman karbonat tersebut agar berada di tahap seragam dan tidak mendap ke bawah.

Keajaiban Gum Arabic Sudan

Menurut portal National Public Radio, penggunaan Gum Arabic telah lama digunakan oleh masyarakat dunia termasuk di zaman awal tamadun Mesir. Gum Arabic digunakan oleh Firaun untuk proses ketahanan mumia. Getah Arab juga turut digunakan di zaman al-Kitab sebagai bahan untuk ketahanan pada cat.

Pihak perubatan menggunakan Gum Arabic sebagai bahan untuk menyimpan ubat-ubatan sebelum memisahkannya ke dalam bentuk yang berbeza. Pengemulsi atau pelarut semulajadi ini berupaya menyatukan bahan-bahan tidak larut dan mengekalkannya dalam tempoh yang lama. Selain itu, Gam Arab ini juga digunakan untuk mengekalkan ketahanan dakwat pada percetakan akhbar.

Gum Arabic Terdapat Dalam Al-Quran?

Terdapat dakwaan sebahagian pendapat, Getah Arab yang disebut sebagai al-Manna ini dipercayai merujuk kepada surah al-Baqarah, ayat 57. Terdapat perkataan al-Manna yang menjadi simbol kepada penemuan kaedah penjagaan kesihatan dan dijadikan sebagai makanan tambahan supplement yang berkesan.

Maksud ayat tersebut: “Dan Kami naungi kalian dengan awan dan Kami turunkan kepada kalian manna dan salwa. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada kalian. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri”.

Namun kebenarannya hanya Allah yang lebih mengetahui di atas dakwaan yang mengaitkan produk Gum Arabic al-Manna ini mempunyai hubungan dengan ayat yang diturunkan.

Adapun penggunaan perkataan al-Manna pada sesuatu nama produk, nama restoran dan sebagainya bukan menjadi masalah. Panggilan al-Manna pada getah arab ini telah digunakan oleh kebanyakan masyarakat Sudan terutama pekerja yang terlibat di ladang tanaman pokok akasia.

Terdapat banyak perbahasan di kalangan ahli tafsir berkaitan maksud al-Manna yang digunakan pada ayat ke-57 surah al-Baqarah ini. Berikut ringkasan huraian terpilih dari ulama tafsir berkaitan maksud al-Manna.

  1. Ali ibnu Abu Talhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa manna turun kepada mereka di pokok-pokok, lalu mereka memanjat pokok tersebut untuk mendapatkan manna dan memakannya dengan sepuas-puasnya.
  2. Mujahid mengatakan sesungguhnya manna itu adalah getah. Sementara Ikrimah pula mengatakan manna merupakan sesuatu makanan yang diturunkan oleh Allah kepada mereka seperti hujan gerimis.
  3. As-Saddi menjelaskan bahawa mereka telah berkata, “Hai Musa, bagaimanakah kami dapat hidup di sini tanpa makanan?”. Maka Allah menurunkan kepada mereka mannaManna itu turun dan jatuh pada pohon zanjabil.
  4. Qatadah mengatakan bahawa manna turun di mana tempat mereka berada seumpama turunnya salju, bentuknya lebih putih berbanding susu dan rasanya lebih manis berbanding madu; manna turun kepada mereka bermula dari fajar (subuh) hingga terbitnya matahari.
  5. Ar-Rabi’ ibnu Anas menjelaskan bahawa manna merupakan minuman yang diturunkan kepada mereka (kaum Bani Israel), rupanya seperti madu; mereka mencampurkan mannnadengan air dan meminumnya.

Tujuan utama dari perbahasan ahli tafsir dapat disimpulkan maksud yang disampaikan berkaitan al-Manna hakikatnya hampir mempunyai persamaan dan tidak terlalu jauh. Di kalangan ahli tafsir ada yang mengatakan al-Manna sebagai minuman, ada yang menafsirkan al-Manna sebagai makanan. Kenyataannya hanya Allah yang lebih mengetahui. Kesimpulannya al-Manna adalah kurniaan Allah kepada hambaNya samada berbentuk makanan, minuman dan selainnya di dalam rahsia pengetahuan Allah S.W.T. -Sila rujuk lebih banyak lagi huraian ahli tafsir berkaitan maksud al-Manna.

Hakikatnya, kebaikan dan manfaat yang terdapat pada Getah Arab ini diperakui sendiri oleh  Pengurus Besar pengeksport Getah Arab terbesar Sudan, Gum Arabic Company, Hassan Osman Abdel Nour berkata:

The botanist who identified Acacia Senegal first saw it in Senegal, but it turned out to be Acacia Senegal is more common in Sudan than anywhere in the belt. . . It’s an endowment from God. We did nothing about it.

Kesan Perubahan Iklim Terhadap Gum Arabic

Setiap tahun Sudan mengeksport puluhan ribu tan gula mentah atau Getah Arab ke eropah untuk diproses dan disebarkan ke seluruh dunia mengikut permintaan tinggi dunia yang memerlukan makanan kesihatan Gum Arabic al-Manna. Walau bagaimana pun, penyebaran produk Getah Arab ini melalui sedikit penurunan berbanding dahulu ekoran kesan perubahan iklim yang melanda Sudan dipercayai salah satu faktor yang membawa pengecutan hasil tanaman.

Dari segi ekologi, pokok acacia senegal ini hidup subur di kawasan berbukit dan berbatu kering. Spesis ini dapat bertahan lasak walau dalam keadaan cuaca buruk sebagaimana laporan portal Purdue University.

Gum Arabic al-Manna bertindak sebagai pengemulsi semulajadi untuk memberikan kesihatan yang lebih baik. Pengertian emulsi menurut buku Teknik Pemisahan Dalam Analisis Kimia ialah emulsi merupakan hasil daripada kemasukan satu pelarut ke dalam satu fasa pelarut berterusan yang tidak terlarut campur. Naskah akademik terbitan UTM Press ini boleh didapati di Penerbit UTM, Amazon dan MPH.

Gum Arabic Al-Manna 100% Semulajadi

Gum Arabic al-Manna tiada bahan tiruan dan bahan tambahan. Getah Arab ini 100% semulajadi diambil dari pokok. Oleh itu ia lebih bebas dari kesan sampingan. Gam Arab lebih mudah diminum kerana ia bersifat mudah larut dalam semua jenis air, penyediaannya ringkas, segera dan mudah.

Harga yang ditawarkan untuk memiliki al-Manna sangat berbaloi untuk pelaburan kesihatan. Produk Gum Arabic al-Manna yang dipakej semula kepada jenama ‘Ameer’  sangat berkhasiat dan berkualiti di samping kandungannya dari gred terbaik.

Gum Arabic al-Manna sesuai untuk semua peringkat usia. Getah Arab ini boleh digunakan untuk bayi, kanak-kanak, orang dewasa, warga emas dan ibu mengandung. Gam Arab ini juga boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kesihatan.

Gum Arabic ini juga digunakan untuk membantu pesakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, cirit-birit, sembelit dan banyak lagi untuk tujuan kesihatan. Sila rujuk artikel seterusnya untuk mengetahui lebih banyak khasiat dan manfaat Gum Arabic al-Manna untuk penyakit-penyakit tertentu dan hasil kepuasan pengguna (testimoni).

Bagaimana Untuk Mendapatkan Gum Arabic Al-Manna?

Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 012-3700352 untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan Serbuk Al-Manna Gum Arabic(RM30/150gram). Penghantaran produk Gum Arabic Al-Manna/ Getah Arab/ Gam Arab/ Akasia/ Acacia melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Melaka dan sekitarnya.

KERJAYA SEBAGAI PERUNDING KEWANGAN SYARIAH

  1. APAKAH PERUNDING KEWANGAN SYARIAH?

Mempunyai dua pilihan:- Konvensional atau syariah

2. Apakah bezanya konvensional dan syariah?

Gharar

Maysis

Riba

3.  PERANAN

To create awareness

4.  KELEBIHAN

Freedom and Flexibility

5. CHALLENGES

Before not mix with people but as progress find its interesting

Bekerja sendiri kini menjadi satu trend yang baru di negara kita dan ramai yang mula bertukar kerjaya dari bekerja makan gaji untuk menjadi usahawan. Di luar negara, bekerja sendiri bukanlah sesuatu yang baru.

Dengan sumber pendapatan yang lebih meluas terutamanya melalui medium internet, bekerja sendiri kini lebih mudah. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ramai adalah perunding kewangan yang memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pelanggan dalam melanggan produk kewangan.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa ramai ingin menjadi perunding kewangan secara sepenuh masa.

Baca : 5 sebab kenapa berkawan dengan orang positif membantu anda menjadi kaya

Jadual sendiri

Apabila bekerja sendiri, anda boleh menyusun jadual anda sendiri tanpa perlu mengikut kata orang lain. Anda sudah boleh bahagikan masa anda untuk kerja dan perkara peribadi seperti urusan bank, pejabat pos dan JPJ yang biasanya hanya boleh dilakukan ketika waktu pejabat.Selain itu, jika anda menjadi seorang perunding kewangan, kebanyakan pelanggan anda hanya mempunyai masa selepas waktu pejabat. Jadi, masa anda untuk jumpa pelanggan biasanya ketika waktu tengahari (lunch hour) atau selepas waktu pejabat iaitu selepas jam 6 petang.

Image result for stuck in traffic jam

Jadual aktiviti harian anda juga lebih teratur kerana anda tidak perlu bersesak dengan orang ramai jika mahu keluar. Anda tidak perlu keluar ketika waktu puncak lagi!

Jadi bos

Anda yang tentukan bagaimana cara anda bekerja, target bulanan anda dan bajet bulanan anda. Kini, anda adalah seorang bos dalam perniagaan anda.

Anda boleh bekerja dengan cara atau strategi yang anda rasa terbaik tanpa perlu mengikut arahan dari orang lain. Ini adalah kelebihan menjadi seorang perunding kewangan kerana anda yang menentukan strategi perniagaan anda.

Dan paling penting adalah, anda berpeluang untuk mewujudkan kumpulan anda sendiri dan menjadi seorang pemimpin. Ini adalah matlamat sebagai seorang perunding kewangan yang perlu dicapai. Bukan sahaja mencari pelanggan, tetapi anda boleh melatih diri anda sebagai seorang pemimpin. Anda perlu memimpin orang lain untuk berjaya seperti anda.

Keluarga

Masa yang flexible! Semua orang mahukan pekerjaan dengan masa yang lebih flexible supaya dapat menghabiskan masa dengan keluarga tersayang. Namun, pada peringkat awal sebagai seorang perunding kewangan, anda sebenarnya perlu bekerja 24 jam sehari! Ya, inilah realiti yang perlu anda lakukan jika mahu berjaya dalam kerjaya ini.Selepas dua atau tiga tahun, barulah anda akan rasa masa yang sedikit terluang kerana kerjaya anda kini sudah lebih teratur.

Tentukan pendapatan sendiri

Lebih banyak anda berusaha, lebih banyak pendapatan yang anda terima. Ini adalah satu perkara yang  paling menarik dalam kerjaya perunding kewangan. Jika sebelum ini, anda mungkin kerja dengan lebih masa tetapi bayaran yang diterima sama sahaja. Berbeza pula dengan kerjaya perunding kewangan kerana pendapatan yang diterima adalah bergantung kepada usaha anda sendiri.Anda boleh merancang jumlah pendapatan yang anda mahukan setiap bulan. Perkara ini berkait rapat dengan semangat dan usaha anda dalam kerjaya ini. Selain itu, orang yang mudah putus asa sebenarnya tidak sesuai dengan kerjaya ini.

Selain komisyen yang anda tinggi, anda juga berpeluang mendapat bonus jualan dan prestasi yang disediakan oleh pihak syarikat. Selain itu, anda juga berpeluang untuk memiliki manfaat lai sepeti gadget, melancong keluar negara dan banyak lagi jika anda mencapai target yang beri oleh pihak syarikat.

6. Tingkatkan kemahiran diri

Selain pendapatan yang tinggi serta masa yang flexible, anda boleh tingkatkan kemahiran diri seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran sebagai seorang pemimpin dan banyak lagi. Berhadapan dengan pelanggan yang bermacam kerenah dan ragam, akan lebih mematangkan anda dalam kerjaya ini.

Anda akan biasa dengan segala tolakan atau rejection yang diberi oleh pelanggan anda. Semakin banyak rejection yang diterima, semakin mahal pengalaman yang anda terima.

Jika anda mahu menjadi seorang perunding kewangan dengan bantuan dari pasukan yang hebat di Malaysia, anda boleh sertai mereka disini

 

 

 

 

Cara Penyediaan Gum Arabic Al-Manna

Cara Hidangan

Pengambilan Gum Arabic Al-Manna sebagai makanan kesihatan samada dalam bentuk serbuk dan ketulan boleh membantu rakyat Malaysia meningkatkan tahap kesihatan. Kaedah menggunakan suplemen getah arab ini lebih mudah  dalam bentuk serbuk. Cara hidangan dan penyediaan Gum Arabic Al-Manna terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama digunakan sebagai alternatif ikhtiar untuk penyakit, kategori kedua pula diamalkan sebagai supplement kesihatan atau makanan tambahan.

Cara Hidangan Gum Arabic Al-Manna Sebagai Ikhtiar Terhadap Penyakit

Cara hidangan Gam Arab Al-Manna sebagai alternatif ikhtiar untuk penyakit seperti mana yang dijelaskan dalam artikel tentang Manfaat Gum Arabic Al-Manna adalah seperti berikut.

  1. Pengambilan Gum Arabic Al-Manna ketika perut kosong sebanyak tiga kali (3x) sehari sekitar 15-30 minit sebelum mendapatkan hidangan berat. Disarankan pengambilan hidangan sebelum sarapan pagi, sebelum sarapan tengahari dan sebelum tidur waktu malam.
  2. Sediakan bekas minuman yang boleh digunakan untuk sejumlah 250ml air kosong/ air suam/ air madu/ jus kegemaran di dalam bekas tersebut. Penggunaan air panas tidak disarankan kerana Gum Arabic Al-Manna akan berketul. Pesakit buah pinggang boleh menggunakan jumlah air sekitar 100-150ml jika dinasihatkan doktor untuk mengurangkan pengambilan air.
  3. Serbuk minuman Gum Arabic Al-Manna dimasukkan ke dalam bekas minuman sebanyak 2 scoop. (setiap hidangan menggunakan dua scoop / sudu plastik gum arabic yang disediakan).
  4. Kacau hingga larut. Serbuk Gum Arabic Al-Manna cepat sebati dan larut dalam air. Gam Arab tidak berserat sebagaimana oat dan nestum apabila dicampurkan dengan air.
  5. Sedia dihidang dan diminum.

Cara Hidangan Gum Arabic Al-Manna Sebagai Suplemen Kesihatan

Cara hidangan Gam Arab Al-Manna sebagai persediaan suplemen kesihatan sangat mudah. Gum Arabic Al-Manna juga turut digunakan dalam kandungan suplemen terkemuka dunia seperti Meal Shakes dan Vita-C Plus. Kaedah pengambilan Gam Arab Al-Manna sebagai suplemen hampir sama dengan cara hidangan Getah Arab sebagai alternatif rawatan untuk penyakit. Cara hidangannya seperti berikut.

  1. Pengambilan Gum Arabic Al-Manna ketika perut kosong sebanyak dua kali (2x) sehari sekitar 15-30 minit sebelum mendapatkan hidangan berat. Disarankan pengambilan hidangan sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur waktu malam.
  2. Sediakan bekas minuman yang boleh digunakan untuk sejumlah 250ml air kosong/ air suam/ air madu/ jus kegemaran di dalam bekas tersebut. Penggunaan air panas tidak disarankan kerana Gum Arabic Al-Manna akan berketul. Pesakit buah pinggang boleh menggunakan jumlah air sekitar 100-150ml jika dinasihatkan doktor untuk mengurangkan pengambilan air.
  3. Serbuk minuman Gum Arabic Al-Manna dimasukkan ke dalam bekas minuman sebanyak 1 scoop. (setiap hidangan menggunakan satu scoop / sudu plastik gum arabic yang disediakan).
  4. Kacau hingga larut. Serbuk Gum Arabic Al-Manna cepat sebati dan larut dalam air. Gam Arab tidak berserat sebagaimana oat dan nestum apabila dicampurkan dengan air.
  5. Sedia dihidang dan diminum.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Gum Arabic Al-Manna?

Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 0123700352  untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan Serbu Al-Manna Gum Arabic (RM30/150gram tidak termasuk kos pos). Kos penghantaran melalui pos dikenakan RM10.00.

Al-Manna :  Getah Arab, Gam Arab, Akasia, Acacia dan Gum Arabic

Gum Arabic dikenali juga sebagai getah arab, gam arab, akasia, acacia dan pada sebutan bahasa asalnya (Arab) dipanggil ‘somghu’ dan ada yang menamakannya sebagai ‘al-Manna’. Ia merupakan produk getah yang dihasilkan dari dahan pokok acacia senegal yang boleh didapati di padang pasir Oasis, Afrika Utara, benua kecil India, Asia Barat dan banyak ditemui di dunia Arab. Ia dipercayai berasal dari Sudan.

Sudan muncul sebagai pengeluar terbesar negara Arab sedunia dalam produksi Gum Arabic Menurut portal kesihatan National Center for Biotechnology Imformation, Gum Arabic terkenal dalam amalan perubatan masyarakat Arab terutama dalam merawat pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang kronik (CRF), walaupun tiada dalil kajian saintifik yang kukuh. Berdasarkan maklumat NCBI juga, pengambilan Gum Arabic dapat mengurangkan peratusan lemak dalam badan dan ia boleh digunakan untuk rawatan obesiti.

Gum Arabic (GA [Acacia senegal]) is reputed, in Arabian medicinal practices, to be useful in treating patients with chronic renal failure (CRF), albeit without strong scientific evidence.

Gam Arab diperakui dapat membantu masalah kembung perut, cirit-birit dan sembelit. Penggunaan Gum Arabic juga dilihat sebagai komponen utama dalam penyediaan minuman sirap ringan seperti Coca-Cola dan Pepsi. Getah Arab membantu pengekalan dan ketahanan kandungan gula dalam minuman karbonat tersebut agar berada di tahap seragam dan tidak mendap ke bawah.

Keajaiban Gum Arabic Sudan

Menurut portal National Public Radio, penggunaan Gum Arabic telah lama digunakan oleh masyarakat dunia termasuk di zaman awal tamadun Mesir. Gum Arabic digunakan oleh Firaun untuk proses ketahanan mumia. Getah Arab juga turut digunakan di zaman al-Kitab sebagai bahan untuk ketahanan pada cat.

Pihak perubatan menggunakan Gum Arabic sebagai bahan untuk menyimpan ubat-ubatan sebelum memisahkannya ke dalam bentuk yang berbeza. Pengemulsi atau pelarut semulajadi ini berupaya menyatukan bahan-bahan tidak larut dan mengekalkannya dalam tempoh yang lama. Selain itu, Gam Arab ini juga digunakan untuk mengekalkan ketahanan dakwat pada percetakan akhbar.

Gum Arabic Terdapat Dalam Al-Quran?

Terdapat dakwaan sebahagian pendapat, Getah Arab yang disebut sebagai al-Manna ini dipercayai merujuk kepada surah al-Baqarah, ayat 57. Terdapat perkataan al-Manna yang menjadi simbol kepada penemuan kaedah penjagaan kesihatan dan dijadikan sebagai makanan tambahan supplement yang berkesan.

Maksud ayat tersebut: “Dan Kami naungi kalian dengan awan dan Kami turunkan kepada kalian manna dan salwa. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada kalian. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri”.

Namun kebenarannya hanya Allah yang lebih mengetahui di atas dakwaan yang mengaitkan produk Gum Arabic al-Manna ini mempunyai hubungan dengan ayat yang diturunkan.

Adapun penggunaan perkataan al-Manna pada sesuatu nama produk, nama restoran dan sebagainya bukan menjadi masalah. Panggilan al-Manna pada getah arab ini telah digunakan oleh kebanyakan masyarakat Sudan terutama pekerja yang terlibat di ladang tanaman pokok akasia.

Terdapat banyak perbahasan di kalangan ahli tafsir berkaitan maksud al-Manna yang digunakan pada ayat ke-57 surah al-Baqarah ini. Berikut ringkasan huraian terpilih dari ulama tafsir berkaitan maksud al-Manna.

  1. Ali ibnu Abu Talhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa manna turun kepada mereka di pokok-pokok, lalu mereka memanjat pokok tersebut untuk mendapatkan manna dan memakannya dengan sepuas-puasnya.
  2. Mujahid mengatakan sesungguhnya manna itu adalah getah. Sementara Ikrimah pula mengatakan manna merupakan sesuatu makanan yang diturunkan oleh Allah kepada mereka seperti hujan gerimis.
  3. As-Saddi menjelaskan bahawa mereka telah berkata, “Hai Musa, bagaimanakah kami dapat hidup di sini tanpa makanan?”. Maka Allah menurunkan kepada mereka mannaManna itu turun dan jatuh pada pohon zanjabil.
  4. Qatadah mengatakan bahawa manna turun di mana tempat mereka berada seumpama turunnya salju, bentuknya lebih putih berbanding susu dan rasanya lebih manis berbanding madu; manna turun kepada mereka bermula dari fajar (subuh) hingga terbitnya matahari.
  5. Ar-Rabi’ ibnu Anas menjelaskan bahawa manna merupakan minuman yang diturunkan kepada mereka (kaum Bani Israel), rupanya seperti madu; mereka mencampurkan mannnadengan air dan meminumnya.

Tujuan utama dari perbahasan ahli tafsir dapat disimpulkan maksud yang disampaikan berkaitan al-Manna hakikatnya hampir mempunyai persamaan dan tidak terlalu jauh. Di kalangan ahli tafsir ada yang mengatakan al-Manna sebagai minuman, ada yang menafsirkan al-Manna sebagai makanan. Kenyataannya hanya Allah yang lebih mengetahui. Kesimpulannya al-Manna adalah kurniaan Allah kepada hambaNya samada berbentuk makanan, minuman dan selainnya di dalam rahsia pengetahuan Allah S.W.T. -Sila rujuk lebih banyak lagi huraian ahli tafsir berkaitan maksud al-Manna.

Hakikatnya, kebaikan dan manfaat yang terdapat pada Getah Arab ini diperakui sendiri oleh  Pengurus Besar pengeksport Getah Arab terbesar Sudan, Gum Arabic Company, Hassan Osman Abdel Nour berkata:

The botanist who identified Acacia Senegal first saw it in Senegal, but it turned out to be Acacia Senegal is more common in Sudan than anywhere in the belt. . . It’s an endowment from God. We did nothing about it.

Kesan Perubahan Iklim Terhadap Gum Arabic

Setiap tahun Sudan mengeksport puluhan ribu tan gula mentah atau Getah Arab ke eropah untuk diproses dan disebarkan ke seluruh dunia mengikut permintaan tinggi dunia yang memerlukan makanan kesihatan Gum Arabic al-Manna. Walau bagaimana pun, penyebaran produk Getah Arab ini melalui sedikit penurunan berbanding dahulu ekoran kesan perubahan iklim yang melanda Sudan dipercayai salah satu faktor yang membawa pengecutan hasil tanaman.

Dari segi ekologi, pokok acacia senegal ini hidup subur di kawasan berbukit dan berbatu kering. Spesis ini dapat bertahan lasak walau dalam keadaan cuaca buruk sebagaimana laporan portal Purdue University.

Gum Arabic al-Manna bertindak sebagai pengemulsi semulajadi untuk memberikan kesihatan yang lebih baik. Pengertian emulsi menurut buku Teknik Pemisahan Dalam Analisis Kimia ialah emulsi merupakan hasil daripada kemasukan satu pelarut ke dalam satu fasa pelarut berterusan yang tidak terlarut campur. Naskah akademik terbitan UTM Press ini boleh didapati di Penerbit UTM, Amazon dan MPH.

Gum Arabic Al-Manna 100% Semulajadi

Gum Arabic al-Manna tiada bahan tiruan dan bahan tambahan. Getah Arab ini 100% semulajadi diambil dari pokok. Oleh itu ia lebih bebas dari kesan sampingan. Gam Arab lebih mudah diminum kerana ia bersifat mudah larut dalam semua jenis air, penyediaannya ringkas, segera dan mudah.

Harga yang ditawarkan untuk memiliki al-Manna sangat berbaloi untuk pelaburan kesihatan. Produk Gum Arabic al-Manna yang dipakej semula kepada jenama ‘Ameer’  sangat berkhasiat dan berkualiti di samping kandungannya dari gred terbaik.

Gum Arabic al-Manna sesuai untuk semua peringkat usia. Getah Arab ini boleh digunakan untuk bayi, kanak-kanak, orang dewasa, warga emas dan ibu mengandung. Gam Arab ini juga boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kesihatan.

Gum Arabic ini juga digunakan untuk membantu pesakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, cirit-birit, sembelit dan banyak lagi untuk tujuan kesihatan. Sila rujuk artikel seterusnya untuk mengetahui lebih banyak khasiat dan manfaat Gum Arabic al-Manna untuk penyakit-penyakit tertentu dan hasil kepuasan pengguna (testimoni)

Bagaimana Untuk Mendapatkan Gum Arabic Al-Manna?

Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 0123700352 untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan Serbuk Al-Manna Gum Arabic (RM30/150gram).

LCCT dream closer to reality for AirAsia in Penang

The Edge Financial Daily

This article first appeared in The Edge Financial Daily, on August 7, 2018.

A+A

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd may soon have its wish granted after the government announced yesterday that it was looking to build a low-cost carrier terminal (LCCT) next to the Penang International Airport (PIA) in Bayan Lepas in one to two years, to cope with the increasing number of air passengers to the state.

Finance Minister Lim Guan Eng said the federal government is in talks with AirAsia and Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) on the proposed project. Asked why the need for a LCCT in Penang, he said it was due to its shorter construction time period, noting that the current Penang airport has approached its maximum capacity of 6.5 million passengers per year, handling about 7.1 million in arrivals. “It would take about one to one-and-a-half years to build a LCCT, while the expansion of the main airport (PIA) would take two to two-and-a-half years,” he told reporters when approached at the Penang State Legislative Assembly building yesterday.

Guan Eng said the government is also looking at the LCCT option as the proposed project would be fully funded by private companies, lessening the burden of the federal government which cannot afford to fund it for the time being as it tackles the RM1 trillion debt problem. “We have talked to AirAsia and MAHB, and we will talk further. Discussions have been positive [so far]. We will look at a different framework based on the public-private partnership,” he said. Nevertheless, he said the state must wait for the outcome of the talks on the proposed project.

Guan Eng’s remarks bode well for AirAsia, whose group chief executive officer (CEO) Tan Sri Tony Fernandes had been lobbying to the Penang state government for a LCCT to be built in Penang as early as 2009.

Fernandes took to twitter to share the good news yesterday, saying “Good news is arriving on LCCTs. Big big for @AirAsia in Asean.”

On Aug 2, Fernandes tweeted that he was confident the government will allow for the setting up of three LCCTs in the country. Fernandes had tweeted: “Malaysia I am sure will have three LCC terminals in KL, Penang and Kota Kinabalu. With the momentum in Indonesia and the Philippines, this is huge for @AirAsia.” This followed a meeting on July 27 among Fernandes, Guan Eng, Transport Minister Anthony Loke and MAHB acting group CEO Raja Azmi Raja Nazuddin, which the AirAsia boss had described as “great”.

“More LCC terminals coming.Malaysia Airports (MAHB) now understands what we can do. Exciting time for guests, Malaysians. More jobs and economic growth,” he tweeted then.

On Aug 3, Fernandes said AirAsia will bid on an operation and maintenance (O&M) contract for Clark International Airport in the Pampanga province of the Philippines. In his tweet, he said the airline, together with its subsidiaries in Indonesia and the Philippines, would be bidding for the airport’s 25-year O&M contract.

“Bringing Asean together. Indonesia, Malaysia and the Philippines to bid for Clarke airport in Manila and build a big east Asean hub. Walking the talk on Asean. Kudos to Indonesia airports. Look what can be done in Asean when we work together,” he had tweeted.

Last month, AirAsia and MAHB had been feuding after Fernandes said the airline was forced out of Kota Kinabalu International Airport’s Terminal 2 (T2) in Sabah three years ago, and that it was not in favour of moving to T1. On July 26, Loke was reported as saying that his ministry will study the technical aspect of AirAsia’s proposal to return to T2, but any proposal to develop a new LCCT next to the Kuala Lumpur International Airport in Sepang will have to be resubmitted as a fresh proposal. He added that the transport ministry’s decision on the matter cannot be based on sentimental reasons only.