Al-Manna :  Getah Arab, Gam Arab, Akasia, Acacia dan Gum Arabic

Gum Arabic dikenali juga sebagai getah arab, gam arab, akasia, acacia dan pada sebutan bahasa asalnya (Arab) dipanggil ‘somghu’ dan ada yang menamakannya sebagai ‘al-Manna’. Ia merupakan produk getah yang dihasilkan dari dahan pokok acacia senegal yang boleh didapati di padang pasir Oasis, Afrika Utara, benua kecil India, Asia Barat dan banyak ditemui di dunia Arab. Ia dipercayai berasal dari Sudan.

Sudan muncul sebagai pengeluar terbesar negara Arab sedunia dalam produksi Gum Arabic Menurut portal kesihatan National Center for Biotechnology Imformation, Gum Arabic terkenal dalam amalan perubatan masyarakat Arab terutama dalam merawat pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang kronik (CRF), walaupun tiada dalil kajian saintifik yang kukuh. Berdasarkan maklumat NCBI juga, pengambilan Gum Arabic dapat mengurangkan peratusan lemak dalam badan dan ia boleh digunakan untuk rawatan obesiti.

Gum Arabic (GA [Acacia senegal]) is reputed, in Arabian medicinal practices, to be useful in treating patients with chronic renal failure (CRF), albeit without strong scientific evidence.

Gam Arab diperakui dapat membantu masalah kembung perut, cirit-birit dan sembelit. Penggunaan Gum Arabic juga dilihat sebagai komponen utama dalam penyediaan minuman sirap ringan seperti Coca-Cola dan Pepsi. Getah Arab membantu pengekalan dan ketahanan kandungan gula dalam minuman karbonat tersebut agar berada di tahap seragam dan tidak mendap ke bawah.

Keajaiban Gum Arabic Sudan

Menurut portal National Public Radio, penggunaan Gum Arabic telah lama digunakan oleh masyarakat dunia termasuk di zaman awal tamadun Mesir. Gum Arabic digunakan oleh Firaun untuk proses ketahanan mumia. Getah Arab juga turut digunakan di zaman al-Kitab sebagai bahan untuk ketahanan pada cat.

Pihak perubatan menggunakan Gum Arabic sebagai bahan untuk menyimpan ubat-ubatan sebelum memisahkannya ke dalam bentuk yang berbeza. Pengemulsi atau pelarut semulajadi ini berupaya menyatukan bahan-bahan tidak larut dan mengekalkannya dalam tempoh yang lama. Selain itu, Gam Arab ini juga digunakan untuk mengekalkan ketahanan dakwat pada percetakan akhbar.

Gum Arabic Terdapat Dalam Al-Quran?

Terdapat dakwaan sebahagian pendapat, Getah Arab yang disebut sebagai al-Manna ini dipercayai merujuk kepada surah al-Baqarah, ayat 57. Terdapat perkataan al-Manna yang menjadi simbol kepada penemuan kaedah penjagaan kesihatan dan dijadikan sebagai makanan tambahan supplement yang berkesan.

Maksud ayat tersebut: “Dan Kami naungi kalian dengan awan dan Kami turunkan kepada kalian manna dan salwa. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada kalian. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri”.

Namun kebenarannya hanya Allah yang lebih mengetahui di atas dakwaan yang mengaitkan produk Gum Arabic al-Manna ini mempunyai hubungan dengan ayat yang diturunkan.

Adapun penggunaan perkataan al-Manna pada sesuatu nama produk, nama restoran dan sebagainya bukan menjadi masalah. Panggilan al-Manna pada getah arab ini telah digunakan oleh kebanyakan masyarakat Sudan terutama pekerja yang terlibat di ladang tanaman pokok akasia.

Terdapat banyak perbahasan di kalangan ahli tafsir berkaitan maksud al-Manna yang digunakan pada ayat ke-57 surah al-Baqarah ini. Berikut ringkasan huraian terpilih dari ulama tafsir berkaitan maksud al-Manna.

  1. Ali ibnu Abu Talhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa manna turun kepada mereka di pokok-pokok, lalu mereka memanjat pokok tersebut untuk mendapatkan manna dan memakannya dengan sepuas-puasnya.
  2. Mujahid mengatakan sesungguhnya manna itu adalah getah. Sementara Ikrimah pula mengatakan manna merupakan sesuatu makanan yang diturunkan oleh Allah kepada mereka seperti hujan gerimis.
  3. As-Saddi menjelaskan bahawa mereka telah berkata, “Hai Musa, bagaimanakah kami dapat hidup di sini tanpa makanan?”. Maka Allah menurunkan kepada mereka mannaManna itu turun dan jatuh pada pohon zanjabil.
  4. Qatadah mengatakan bahawa manna turun di mana tempat mereka berada seumpama turunnya salju, bentuknya lebih putih berbanding susu dan rasanya lebih manis berbanding madu; manna turun kepada mereka bermula dari fajar (subuh) hingga terbitnya matahari.
  5. Ar-Rabi’ ibnu Anas menjelaskan bahawa manna merupakan minuman yang diturunkan kepada mereka (kaum Bani Israel), rupanya seperti madu; mereka mencampurkan mannnadengan air dan meminumnya.

Tujuan utama dari perbahasan ahli tafsir dapat disimpulkan maksud yang disampaikan berkaitan al-Manna hakikatnya hampir mempunyai persamaan dan tidak terlalu jauh. Di kalangan ahli tafsir ada yang mengatakan al-Manna sebagai minuman, ada yang menafsirkan al-Manna sebagai makanan. Kenyataannya hanya Allah yang lebih mengetahui. Kesimpulannya al-Manna adalah kurniaan Allah kepada hambaNya samada berbentuk makanan, minuman dan selainnya di dalam rahsia pengetahuan Allah S.W.T. -Sila rujuk lebih banyak lagi huraian ahli tafsir berkaitan maksud al-Manna.

Hakikatnya, kebaikan dan manfaat yang terdapat pada Getah Arab ini diperakui sendiri oleh  Pengurus Besar pengeksport Getah Arab terbesar Sudan, Gum Arabic Company, Hassan Osman Abdel Nour berkata:

The botanist who identified Acacia Senegal first saw it in Senegal, but it turned out to be Acacia Senegal is more common in Sudan than anywhere in the belt. . . It’s an endowment from God. We did nothing about it.

Kesan Perubahan Iklim Terhadap Gum Arabic

Setiap tahun Sudan mengeksport puluhan ribu tan gula mentah atau Getah Arab ke eropah untuk diproses dan disebarkan ke seluruh dunia mengikut permintaan tinggi dunia yang memerlukan makanan kesihatan Gum Arabic al-Manna. Walau bagaimana pun, penyebaran produk Getah Arab ini melalui sedikit penurunan berbanding dahulu ekoran kesan perubahan iklim yang melanda Sudan dipercayai salah satu faktor yang membawa pengecutan hasil tanaman.

Dari segi ekologi, pokok acacia senegal ini hidup subur di kawasan berbukit dan berbatu kering. Spesis ini dapat bertahan lasak walau dalam keadaan cuaca buruk sebagaimana laporan portal Purdue University.

Gum Arabic al-Manna bertindak sebagai pengemulsi semulajadi untuk memberikan kesihatan yang lebih baik. Pengertian emulsi menurut buku Teknik Pemisahan Dalam Analisis Kimia ialah emulsi merupakan hasil daripada kemasukan satu pelarut ke dalam satu fasa pelarut berterusan yang tidak terlarut campur. Naskah akademik terbitan UTM Press ini boleh didapati di Penerbit UTM, Amazon dan MPH.

Gum Arabic Al-Manna 100% Semulajadi

Gum Arabic al-Manna tiada bahan tiruan dan bahan tambahan. Getah Arab ini 100% semulajadi diambil dari pokok. Oleh itu ia lebih bebas dari kesan sampingan. Gam Arab lebih mudah diminum kerana ia bersifat mudah larut dalam semua jenis air, penyediaannya ringkas, segera dan mudah.

Harga yang ditawarkan untuk memiliki al-Manna sangat berbaloi untuk pelaburan kesihatan. Produk Gum Arabic al-Manna yang dipakej semula kepada jenama ‘Ameer’  sangat berkhasiat dan berkualiti di samping kandungannya dari gred terbaik.

Gum Arabic al-Manna sesuai untuk semua peringkat usia. Getah Arab ini boleh digunakan untuk bayi, kanak-kanak, orang dewasa, warga emas dan ibu mengandung. Gam Arab ini juga boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kesihatan.

Gum Arabic ini juga digunakan untuk membantu pesakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, cirit-birit, sembelit dan banyak lagi untuk tujuan kesihatan. Sila rujuk artikel seterusnya untuk mengetahui lebih banyak khasiat dan manfaat Gum Arabic al-Manna untuk penyakit-penyakit tertentu dan hasil kepuasan pengguna (testimoni).

Bagaimana Untuk Mendapatkan Gum Arabic Al-Manna?

Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 012-3700352 untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan Serbuk Al-Manna Gum Arabic(RM30/150gram). Penghantaran produk Gum Arabic Al-Manna/ Getah Arab/ Gam Arab/ Akasia/ Acacia melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Melaka dan sekitarnya.

KERJAYA SEBAGAI PERUNDING KEWANGAN SYARIAH

  1. APAKAH PERUNDING KEWANGAN SYARIAH?

Mempunyai dua pilihan:- Konvensional atau syariah

2. Apakah bezanya konvensional dan syariah?

Gharar

Maysis

Riba

3.  PERANAN

To create awareness

4.  KELEBIHAN

Freedom and Flexibility

5. CHALLENGES

Before not mix with people but as progress find its interesting

Bekerja sendiri kini menjadi satu trend yang baru di negara kita dan ramai yang mula bertukar kerjaya dari bekerja makan gaji untuk menjadi usahawan. Di luar negara, bekerja sendiri bukanlah sesuatu yang baru.

Dengan sumber pendapatan yang lebih meluas terutamanya melalui medium internet, bekerja sendiri kini lebih mudah. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ramai adalah perunding kewangan yang memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pelanggan dalam melanggan produk kewangan.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa ramai ingin menjadi perunding kewangan secara sepenuh masa.

Baca : 5 sebab kenapa berkawan dengan orang positif membantu anda menjadi kaya

Jadual sendiri

Apabila bekerja sendiri, anda boleh menyusun jadual anda sendiri tanpa perlu mengikut kata orang lain. Anda sudah boleh bahagikan masa anda untuk kerja dan perkara peribadi seperti urusan bank, pejabat pos dan JPJ yang biasanya hanya boleh dilakukan ketika waktu pejabat.Selain itu, jika anda menjadi seorang perunding kewangan, kebanyakan pelanggan anda hanya mempunyai masa selepas waktu pejabat. Jadi, masa anda untuk jumpa pelanggan biasanya ketika waktu tengahari (lunch hour) atau selepas waktu pejabat iaitu selepas jam 6 petang.

Image result for stuck in traffic jam

Jadual aktiviti harian anda juga lebih teratur kerana anda tidak perlu bersesak dengan orang ramai jika mahu keluar. Anda tidak perlu keluar ketika waktu puncak lagi!

Jadi bos

Anda yang tentukan bagaimana cara anda bekerja, target bulanan anda dan bajet bulanan anda. Kini, anda adalah seorang bos dalam perniagaan anda.

Anda boleh bekerja dengan cara atau strategi yang anda rasa terbaik tanpa perlu mengikut arahan dari orang lain. Ini adalah kelebihan menjadi seorang perunding kewangan kerana anda yang menentukan strategi perniagaan anda.

Dan paling penting adalah, anda berpeluang untuk mewujudkan kumpulan anda sendiri dan menjadi seorang pemimpin. Ini adalah matlamat sebagai seorang perunding kewangan yang perlu dicapai. Bukan sahaja mencari pelanggan, tetapi anda boleh melatih diri anda sebagai seorang pemimpin. Anda perlu memimpin orang lain untuk berjaya seperti anda.

Keluarga

Masa yang flexible! Semua orang mahukan pekerjaan dengan masa yang lebih flexible supaya dapat menghabiskan masa dengan keluarga tersayang. Namun, pada peringkat awal sebagai seorang perunding kewangan, anda sebenarnya perlu bekerja 24 jam sehari! Ya, inilah realiti yang perlu anda lakukan jika mahu berjaya dalam kerjaya ini.Selepas dua atau tiga tahun, barulah anda akan rasa masa yang sedikit terluang kerana kerjaya anda kini sudah lebih teratur.

Tentukan pendapatan sendiri

Lebih banyak anda berusaha, lebih banyak pendapatan yang anda terima. Ini adalah satu perkara yang  paling menarik dalam kerjaya perunding kewangan. Jika sebelum ini, anda mungkin kerja dengan lebih masa tetapi bayaran yang diterima sama sahaja. Berbeza pula dengan kerjaya perunding kewangan kerana pendapatan yang diterima adalah bergantung kepada usaha anda sendiri.Anda boleh merancang jumlah pendapatan yang anda mahukan setiap bulan. Perkara ini berkait rapat dengan semangat dan usaha anda dalam kerjaya ini. Selain itu, orang yang mudah putus asa sebenarnya tidak sesuai dengan kerjaya ini.

Selain komisyen yang anda tinggi, anda juga berpeluang mendapat bonus jualan dan prestasi yang disediakan oleh pihak syarikat. Selain itu, anda juga berpeluang untuk memiliki manfaat lai sepeti gadget, melancong keluar negara dan banyak lagi jika anda mencapai target yang beri oleh pihak syarikat.

6. Tingkatkan kemahiran diri

Selain pendapatan yang tinggi serta masa yang flexible, anda boleh tingkatkan kemahiran diri seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran sebagai seorang pemimpin dan banyak lagi. Berhadapan dengan pelanggan yang bermacam kerenah dan ragam, akan lebih mematangkan anda dalam kerjaya ini.

Anda akan biasa dengan segala tolakan atau rejection yang diberi oleh pelanggan anda. Semakin banyak rejection yang diterima, semakin mahal pengalaman yang anda terima.

Jika anda mahu menjadi seorang perunding kewangan dengan bantuan dari pasukan yang hebat di Malaysia, anda boleh sertai mereka disini